Rabu, 24 September 2014

Pelajar Sekolah Agama Rembau ini perlukan Pondok Menunggu


Beginilah keadaan para pelajar di Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah di pekan Rembau ini semasa mahu pulang ketika hujan lebat pada petang 24 September 2014.

Sekolah Agama ini memerlukan Pondok Menunggu. Kepada mereka yang sudi memberi sumbangan untuk mendirikan Pondok Menunggu ini sila hubungi Ustaz Aliff bin Ibrahim 0139756083 atau boleh hubungi Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406

Ahad, 7 September 2014

Nak bantu Sekolah Agama buat Pondok Menunggu?

Terdapat lebih kurang 300 orang pelajar di Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah, Rembau. Buat masa ini tiada pondok menunggu atau waqaf yang didirikan untuk para pelajar menunggu kenderaan atau van sekolah apabila tamat waktu persekolahan.

Sehubungan dengan itu para individu atau kontraktor yang berminat untuk menderma sebuah pondok menunggu ini adalah amat dialukan.

Kepada mereka yang berminat sila hubungi Haji Rozmal ( Tel/Whatsapp 012-2267406 )

Sekolah Agama Dato Abdullah ini terletak di pekan Rembau di belakang Balai Polis Rembau bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuh Hua.




Ahad, 31 Ogos 2014

Sekolah Agama Dato Abdullah , Rembau

Kepada mana-mana pihak atau individu yang sudi menghulurkan sumbangan kewangan, cat, simen, pintu tandas dan sebagainya untuk membaik pulih sekolah ini sila Tel/Whatsapp , Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406